From Cik to Puan. Ke mana 'CJM' menghilang 2 Tahun ni?

 

Assalamualaikum!


Hi korang! ingat 'CJM' lagi tak? genap 2 tahun dah 'CJM' tak update blog kan? agaknya ke mana 'CJM' menghilang 2 tahun ni? 


aku pun tak sure la sama ada masih relevan lagi ke tak aku ni dalam dunia blogging. Yelah, lama jugakla aku tak update..dah 2 tahun kot, tak update blog..ada lagi tak kawan pena yang ingat kat aku ntahla. Last entry aku pun tahun 2018


Ni, aku nak cerita mana aku hilang 2 tahun ni.


Haa, dapat tangkap tak hint aku tu?  hewheww 
Ye korang..sebenarnya aku dah kahwin. Sebab tu aku menghilang sekejap. Lagipun idea aku kering, tak tahu nak tulis apa waktu tu. Alhamdulillah, Perkahwinan aku dengan suami dah genap 2 tahun dah pun. Nak cerita macam mana kami kenal, preparation majlis semua tu nanti next next next entry lah ye aku cerita 



Aku dengan suami kahwin pada 02/02/2019 yang lalu, kiranya tahun ni..dah 2 tahun la aku dengan rasminya pegang tittle 'PUAN'. Aku rasa kan, macam baru je semalam umur aku enam belas tahun weh masa baru2 buat blog ni, tengok-tengok sekarang dah jadi bini orang dah aku! aku kahwin umur 22, masa tu suami aku umur 26/27 camtu. Gap umur kami dalam 5/6 tahun takdala jauh beza manapun..cuma masa aku darjah 6 dia dah tingkatan 5 haha! Aku orang Sabah, suami aku orang semenanjung atau lebih tepat nya lagi orang Penang gais.. so sekarang aku ikut suami pindah ke Penang. Jauh aku tinggalkan negeri kelahiran aku, Negeri di Bawah Bayu.

Kalau korang perasan aku jarang reveal (atau tak pernah) reveal lagi muka aku kat dalam blog kan? sabajap ni aku nak belanja..pakej aku belanja muka suami aku sekali. Harap korang tak annoyed la 
1
.
2
.
3
.
Nah!



segak suami aku.. eh terrrpuji dia pulak..nanti kalau dia baca blog aku ni, kembang la hidong dia kena puji..ceh  Soal zuriat pulak, kami masih belum ada rezeki lagi, tapi korang doakan ye semoga Allah bagi rezeki zuriat pada kami nanti. Sambil tu, bolehlah korang doakan kami supaya dapat anak kembar  



blog aku ni pun sepatutnya dah nak kena tukar tittle ke 'PUAN JARI MANIS' sebab zaman 'CIK JARI MANIS' dah berlalu, so aku kena lah terima hakikat. Tapi aku masih fikir jugak nak buat header blog aku konsep macam mana pulak lepas ni, mungkin lambat lagilah kot. Sebab nak buat editing ni makan masa jugak. Atau kekalkan je dengan tittle 'CIK JARI MANIS' ni? lagipun sayang nak tukar sebab ada kawan pena yg dah kenal aku dengan nickname ni. Hadoihh dilema terus jadik. Nanti la aku fikirkan balik caner. Korang rasa patut ke? 

so gais, sampai ni je lah dulu entry aku kali ni, aku ber ikrar pasni aku cuba rajinkan diri tulis entry2 baru, blogwalking dan upload video baru kat youtube channel aku. Nak maintain kan mood untuk buat content pun bukan senang..dah lah aku ni mood jenis roller coaster turun naik..


TQ for reading 

Resepi: Tiramisu Cheese Ladyfinger


Assalamualaikum!


Haritu ada masa lapang sikit, boring-boring tak tau nak buat apa, cek barang-barang kek..mujur cukup bahan untuk buat tiramisu cheese ni. Boleh buat makan nanti sambil layan movie korea, Haha! Cake ni simple je ok, tak payah kau nak masuk oven bagai. Dah siap, zap zap zap! masuk peti sejuk kejap & ready dah utk di hidang!

Bahan-bahan pun semua korang boleh dapat dkt kedai jual bahan-bahan kek.


Bahan-bahan:

  • 1 Pek Biskut Ladyfinger/Kek Sponge Vanilla/Coklat (korang boleh pilih nak guna biskut ladyfinger atau kek sponge)
  • 250 gm Cream Cheese 
  • 200 ml whipping cream (aku guna brand anchor)
  • 1/2 cawan gula icing
  • 1 cawan air panas
  • 1 sudu serbuk nescafe
  • 1 sudu teh esen vanilla/ paste lemon (aku suka guna paste lemon)

Cara-cara:


  1.  Bancuh Nescafe + satu cawan air panas. Kemudian ketepikan dahulu.
  2.  Masukkan Cream Cheese ke dalam bekas mixer. Mix kejap bagi dia lembut sikit supaya senang korang nak mixer nanti. Lepastu masukkan gula halus, kalau tak nak manis boleh kurangkan gula. Dah masuk gula, mix lagi sekejap bagi dia sebati dgn cream cheese tadi.
  3. Bila dah sebati, masukkan whipping cream + 1 sudu teh esen vanilla / paste lemon dan pukul sehingga kembang. Lepastu, bahagi dua adunan cream cheese ni, sebab kita nak buat 2 layer nnti. (Whipping cream anchor ni susah sikit nak handle tau, klu x mahir guna whipping cream jenama lain yg korang selesa n mahir nak handle) Lepas dah siap ketepikan dahulu.
  4. Celup biskut ke dalam air nescafe & susun dalam bekas kaca. (Part ni, biskut tu jgn celup lama sangat..asal dah basah-basah sikit biskut tu, ok dah. Utk yg gunakan kek sponge pula, better guna berus utk sapu-sapu kan air bancuhan nescafe tadi di atas permukaan kek)
  5. Tuang & ratakan adunan cream cheese tadi ke atas biskut/kek.
  6. Taburkan serbuk koko/nescafe/milo, (blh pilih, ikut tekak korang). Patu ulang step 4 & 5
  7. Masukkan ke dalam peti sejuk sebelum di hidang. 
  8. Sebelum nak hidang nanti, korang bolehlah hiaskan dengan taburan koko.
Dkt bawah ni ada gambar step by step mcm mana aku buat







Celup jgn bagi biskut tu basah sangat, klu boleh biar tekstur biskut kat dlm tu masih rangup tapi dkt luar basah sikit. Celup jgn lama sebab biskut ni jenis cepat serap air.


Susun cantik-cantik dalam bekas kaca.


Tuangkan cream cheese,


kemudian ratakan. Dan ulang step yg aku sebutkan di atas tadi.


Nak buat tiramisu ni..tak makan banyak masa, janji korang ada bahan..tak sampai setengah jam pun dah siap. Lagi best kalau makan sejuk-sejuk!

Utk base dia, aku lebih prefer guna biskut ladyfinger, berbanding sponge cake..tapi terpulanglah ikut tekak masing-masing ok.. =) 



 Till next entry, XOXO!

Resepi: Vanilla Crunchy Cookies / Vanilla Almond Crunchy


Assalamualaikum!

Salam Aidilfitri 2018!  mcm mana raya korang tahun ni? Meriah ke? Aku dah lama tak update entry dekat blog..type entry tu memang ada, tapi semua tak type habis..sudahnya aku simpan jadi draft je..tu yg ambik masa nak publish. Plus, aku kalau nak tulis blog kena ikut mood dan kelapangan..kalau tak, memang habislaaa idea tu tak timbul-timbul sampai ke sudah. Ye gais, aku sedia maklum yg raya dah berlalu..tapi takpelah, korang ambik jelah resepi ni okay, guna raya tahun depan pon boleh! aci kan? Hahahaha



Foto Nadia Natasha.

Vanilla Crunchy Cookies atau nama lain nya Vanilla Almond Crunchy, sama je dua-dua pun sedap di dengar..korang punya suka la nak bagi nama apa. Resepi cookies ni aku jumpa dekat facebook, nak kreditkan resepi ni kepada siapa, aku pun dah lupa nickname facebook akak tu. Mohon halalkan ye kak!

Aku suka cookies ni, tak leceh sangat nak buat. Sedap tu memang sedap! Biskut yg ada choc chip dgn almond ni memang antara fevret aku. Macam biskut famous amos tu..disebabkan dekat tawau ni takda biskut tu..so aku selalu kirim dekat kakak aku yg tinggal dekat kota kinabalu..tiap kali dia nak balik, mmg selalunya aku akan kirim biskut ni. Crunchy, sedap je nak kunyah..heaven sangat rasa!

As for the recipe,

Bahan-bahan:


Bahan A
  • 250 gm butter/marjerin (kalau nak lagi sedap better guna pure butter, tapi mahal sikitlah)
  • 100 gm gula perang
  • 100 gm gula kaster
Bahan B
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu teh butter oil (ini yg buat bau cookies sedap & wangi)
Bahan C
  • 350 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
Bahan D


  • Almond Nips
  • Chocolate Chip
dua bahan ni aku letak main agak je..korang pandai-pandailah agak ye ^^

Foto Nadia Natasha.

For those yg tak tahu mana nak cari butter oil? Butter oil ni korang boleh dapat dekat kedai jual bahan-bahan kek. 


Cara-cara:



  1. Masukkan Bahan A ke dalam mixer. Mixer sehingga bahan A sebati.
  2. Kemudian masukkan Bahan B, mixer sekali lagi  sehingga adunan sebati.
  3. Matikan mixer, kemudian masukkan Bahan C (part ni, gaul guna tangan atau senduk/spatula sahaja. Nak guna tangan pun boleh, pastikan tangan korang bersih.) Gaul sampai adunan menjadi doh, klu adunan korang agak lecak, tambah tepung gandum sedikit demi sedikit.
  4. Bila doh dah cantik, last sekali masukkan Bahan D. Almond nips dengan choc chip tadi. Letak ni main agak ja..korang nak sikit letak sikit..nak banyak terpulang korang, ikut tekak masing2. Lepas da masuk choc chip, doh tu aku tak uli sangat dah, uli pelan-pelan ja..tak nak choc chip dia hancur.
  5. Bentukkan atas tray oven korang, ikut suka nak buat bentuk mcm mana. Klu aku, aku selalu buat bulat kecik-kecik ja.
  6. Bakar selama 15 minit, suhu 160C bergantung suhu oven masing-masing (ni kena pandai set suhu oven masing-masing)
P/S: Untuk mendapatkan doh yg baik, masukkan doh ke dalam plastik beg dan simpan di dalam peti ais semalaman. 


Foto Nadia Natasha.


Foto Nadia Natasha.


Senang je kan nak buat? Tak susah, sampaikan budak-budak pon boleh join buat sama ^^ 
Till next entry, XOXO!

Tips: Tampalan Edible Image di kek & Elakkan Edible Image berkedut


Assalamualaikum!



Masa first-first belajar buat kek dulu, bila ada customer tempah kek edible image..edible image aku selalu berkedut dengan teruk. Kadang, aku sampai fed up tau. Pastu, terfikir nak google cara nak tampal edible image pada cake. Baru aku tahu, rupanya edible image ni dia tak boleh terus tampal macam tu ja dekat kek. Ada teknik dia. 

Jangan risau, edible image selamat untuk dimakan..kerana edible image adalah kertas gula bergambar malahan bahan-bahan kertas gula & ink adalah 'edible' (boleh & selamat untuk dimakan) bukan ink printer yg macam biasa kita pakai tu ok. Ketahanan edible image pula bergantung dari cara penyimpanan hanya antara 1-2 bulan. Adalah lebih baik, disimpan selalu dalam plastik tertutup/seal rapat. Selagi gambar pada edible image belum pudar dan ada perubahan lainnya pada kertas, edible image masih boleh digunakan kerana untuk kertas nya, jangka masa expired dalam 1 tahun kedepan. Edible image tidak perlu di simpan dalam peti sejuk, penyimpanan edible image yang belum disapukan white choc di dalam peti sejuk boleh mengakibatkan edible image berkerut dan tidak dapat digunakan lagi untuk diaplikasikan di atas cake. Aku explain macam professor tak? hahaha


Spesifikasi Edible Image :
- Ukuran kertas A4
- Bidang yang dapat di print 18X27cm


Untuk yang baru nak belajar macam aku, di bawah ni ada beberapa tips yang boleh korang gunakan untuk menampal edible image pada kek. Semoga berguna =)

Untuk Kek yang menggunakan Fresh Cream/Buttercream

A) Sapu rata marjerin/butter/shortening pada bahagian belakang edible image sebelum ditampal pada kek, masukkan seketika dalam peti sejuk biar dalam 2/3 minit..kemudian keluarkan dan tampal pada kek.

B) Cairkan coklat masakan putih, sapu rata pada bahagian belakang edible image sebelum ditampal pada kek. Masukkan seketika dalam peti sejuk biar dalam 2/3 minit kemudian keluarkan dan tampal pada kek. (aku prefer cara ni lagi senang.)

Untuk Kek yang menggunakan Fondant

Untuk mengaplikasikan edible image pada kek yang menggunakan fondant, belakang edible image tidak perlu dilapisi coklat putih, cukup sapukan tipis-tipis butter/shortening ataupun aku lebih suka lekat menggunakan edible glue. Iaitu cmc yang aku campur kan dengan sedikit air..kemudian sapu tipis pada bahagian belakang cake setelah itu boleh ditampal pada kek.

Di bawah, aku ada sertakan gambar step cara aku tampal edible image ke atas kek fresh cream. Tempahan customer baru-baru ini.



Edible image yang belum disapukan melted white choc


Hasil setelah disapukan dengan melted white choc. Untuk edible image yang nak ditampal pada kek fresh cream, biasanya aku sapu melted white choc tebal sikit supaya tak berkedut bila letak atas kek nanti.


Masukkan seketika di dalam peti sejuk. jangan risau lepas korang masukkan edible image ke dalam peti sejuk memang edible image akan 'biut' sikit sebab melted white choc tadi dah 'set'..lepas keluarkan dari peti sjeuk nanti rehatkan sekejap bagi dia lembut pastu bolehlah tampal pada kek.


Kek yang belum ditampal edible image, sebelum tu pastikan  korang dah coat dulu kek korang ok.Masukkan dalam peti sejuk dulu bagi dia sejuk sikit sebelum nak tampal edible image.


Bila dah tampal pada kek, ratakan edible image korang. Gosok-gosok manja.

Foto Nadia Natasha.


Foto Nadia Natasha.

Tadaa, hasil kek yang aku dah deko. Simple ja. Bolehlah deko kek ikut sedap mata korang memandang. =)



TQ for reading, barakallahu fikum! ^_^~

Resepi: Red Velvet Cake / Kek Baldu Merah (Versi Bakar)


Assalamualaikum!

Harini nak share resepi cake red velvet pulak. Sebenarnya dari haritu lagi aku janji nak bagi,  tapi masa selalu tak mengizinkan..asyik bz siapkan tempahan kek. Bila dah sehari buat kerja, malam aku khususkan untuk rehat sekejap, lock order mana yg tak lock lagi dan bakar kek untuk di deco pada keesokan hari. Haritu nak buat 'live' cara buat kek red velvet ni dekat Facebook, tapi malangnya aku kena block dari menggunakan 'live fb'..so tertangguh niat tu sampailah harini baru dapat update dekat blog. Nak update blog guna handphone sangatla tak syok..screen kecik, tak puas! Haha! 

Kek red velvet ni, adalah kek yang popular dengan warna merah gelap, merah terang atau warna merah coklat. Biasanya disediakan berlapis dengan krim keju. Manakala warna merah tersebut pula diperolehi dengan menambahkan pewarna makanan.  

Ciri - ciri utama kek red velvet; Cuka putih, baking soda & buttermilk, menjadikan warna kemerahan dalam kek lebih terserlah bila bercampur serbuk koko. Hasilnya? Gabungan sedikit masam, kecoklatan,warna yang menangkap mata dan lemak rasa frosting! Terliur tak? ngee =3




Daripada pencarian aku melalui lebai google, Kek red velvet ni merupakan kek tradisional masyarakat Eropah. Beza kek red velvet dengan kek lain adalah rasa masam pada kek tersebut. Zaman dulu-dulu kan peti sejuk tak da lagi, so orang Eropah ni diaorang guna cuka sebagai bahan pengawet masakan termasuklah dalam pembuatan kek. Selain tu pada zaman perang di eropah dulu, pembuat kek guna ubi bit yang direbus dan dicampur ke dalam kek untuk mendapatkan warna & kelembapannya.

setakat ni aku dah cuba banyak versi untuk kek red velvet ni, boleh dikatakan banyak kali hampa jugakla..kek selalu tak jadik. Guna versi ni kek ok ja, cantik dan paling penting menjadik! If customer request kek red velvet, resepi ni lah yang aku akan guna. Sebelum ni aku tak mahir buat kek red velvet versi bakar, so selalunya aku akan kukus ja bila customer request cake ni..if bakar selalunya kek aku keras ataupun merekah dengan teruk di tengah. Korang trylah guna resepi ni, moga menjadik!

Bahan-Bahan:

Bahan A (Buttermilk)
  • 240 ml susu segar
  • 2 sudu kecil cuka
  • 4 sudu kecil pewarna merah
(satukan semua bahan A)

Bahan B
  • 250 gm tepung naik sendiri
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
(ayakkan semua bahan B)

Bahan C
  • 150 gm butter
  • 250 gm gula kastor
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 3 biji telur gred A
Bahan D
  • 2 sudu kecil cuka
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat


Cara-cara:

1. Campurkan butter & gula dan pukul sehingga kembang. Masukkan esen vanilla & telur satu persatu. Mix hingga sebati.
2.  Kemudian masukkan bahan A & bahan B secara selang seli. Jika mulakan dengan bahan B, akhiri dengan bahan B juga. (contoh; tepung, buttermilk, tepung, buttermilk kemudian last sekali tepung) Mix lagi hingga sebati.
3. Satukan bahan D ke dealam bekas, ia akan berbuih & berbunyi, tunggu sehingga bunyi berhenti baru masukkan ke dalam adunan kek tadi. Kacau sebati.
4.  Griskan loyang dengan butter & alaskan dengan kertas minyak. Adunan ni sesuai untuk loyang 8 inci.
5. Bakar pada suhu 160'C selama 50 minit atau sehingga masak. Guna api atas bawah. (Yang ni bergantung pada suhu oven masing-masing, kena pandai set suhu oven masing-masing sebab ada sesetengah oven, suhu dia berlainan.)



Korang jangan hairan, kek red velvet ni bila dah siap masak dia memang tak naik tinggi @ kembang sangat. Red Velvet adalah sejenis kek yang berat dan padat. Paling sesuai dengan frosting cream cheese. Kalau customer order request nak frosting lain pun aku lebih suggest kan customer ambil frosting cream cheese. Takut nanti bila tukar frosting lain, customer rasa pelik pulak. Hehe. Cuma nak yang terbaik untuk customer.


Untuk resepi frosting boleh rujuk di bawah;

Resepi Krim Keju:
  • 200 gm cream cheese
  • 1 sudu teh lemon paste
  • 90 gm coklat masakan putih
  • 150 gm krim bukan tenusu (Non Dairy Whipping cream)
  • 8 gm gelatin
  • 30 gm air
Cara-cara:

1. Cairkan gelatin
2. Cairkan coklat masakan guna kaedah double boil
3. Satukan gelatin cair dalam coklat putih
4. Pukul krim keju dan paste lemon hingga lembut
5. Tambahkan adunan gelatin dan coklat putih 
6. Dalam bekas pemutar lain, putar krim keju hingga kental
7. Satukan krim putar dalam krim keju dan kaup balik rata


TQ for reading, barakallahu fikum! ^_^~

Resepi: Durian Crepe


Assalamualaikum!

Baru dapat update blog, kebelakangan ni aku sibuk dengan tempahan cake..nak curi masa update blog pun kadang tak sempat. Jengah blog kejap-kejap ja. Kejap lagi lepas siap update blog ni bermaraton lagi lah siapkan kek. Alhamdulillah, rezeki masuk mencurah-curah. =)




Sebab sekarang ni musim durian..kat mana-mana pun berterabur orang jual durian crepe. Aku bukanlah salah seorang 'hantu durian', hidu bau durian pun boleh buat aku loya tau. Mak dengan adik-adik aku pula, memang sah-sah hantu durian. Kalau diaorang dah makan durian memang aku masuk bilik berkurung, hahaha! Tapi baru-baru ni aku gagahkan juga diri buat durian crepe sebab mak dengan adik-adik request. Nak beli, mahal..makan tak puas sebab adik-adik aku ramai..beli rm 12 dapatla 5 biji durian crepe, mana puas oii sorang sebiji!

Nak buat durian crepe ni tak susah pun, resepi yang aku guna simple ja. Takda pakai tepung hong kong, tepung ubi semua bagai tu. Sekarang ni, resepi durian crepe ada macam-macam versi, tapi bagi aku..asalkan sedap dan menjadik resepi simple pun ok apa. So, check it out!



Bahan-bahan:

  • 250 gram tepung gandum 
  • 400 ml santan (aku guna santan kotak, nak guna perahan santan pun boleh)
  • 150 ml air
  • 3 biji telur
  • 1 penutup esen vanilla
  • 1/2 sudu kecil pewarna kuning telur
  • Garam secubit
  • Whipping cream (pukul hingga kembang untuk inti durian crepe nanti, aku guna Brand Value Pride)
  • Isi durian yang dilenyek (untuk inti)

Cara-cara:

1. Satukan tepung gandum, santan & air kemudian mixer hingga sebati.
2. Kemudian masukkan telur sebiji-sebiji, esen vanilla, pewarna kuning, telur & garam..mixer bagi sebati.
3. Bila dah siap mixer & sebati, adunan tadi korang kena tapis dulu supaya crepe korang halus mulus nanti.
4. Panaskan non stick pan korang, kemudian oleskan sedikit butter pada kuali. 
5. Bila kuali dah mula panas, letakkan lah sesenduk adunan crepe tadi ke dalam non stick pan. Pastu ratakan adunan di sekeliling kuali korang macam buat telur dadar tu.
6. Masak crepe ni tak payah terbalikkan pun, nak tau crepe tu dah masak ke belum permukaan atas crepe tu pastikan dah kering, bolehla korang angkat dari diseksa terus menerus di dalam kuali.
7. Last sekali, dah siap semua boleh mulakan proses melipat crepe korang. Sebelum tu whip dulu whipping cream dan lenyekkan isi durian ye.








Nak guna mixer pun tak ada masalah, kalau lagi rajin kacau ja pakai tangan. Buat durian crepe ni tak susah pun, part yang mencabar buat crepe ni, time nak pastikan crepe tu tipis ja sebenarnya..sebab kalau tebal tak sedap. Lagi satu, kalau rasa adunan korang agak pekat, boleh tambahkan sikit air supaya adunan jadi ringan. Lebih mudah nak buat crepe yang tipis nanti. =)

Resepi versi lain, inti durian ada yg buat jadi kastard..ada sikit masa lain hari aku share lagi resepi dia. Buat masa ni, ni ja yang mampu aku share dekat blog dulu. Masa tak cukup sangat nak bebel panjang-panjang. Free-free nanti aku buat part 2..sekarang aku nak rehat kejap sebelum sambung maraton aku =3


TQ for reading, barakallahu fikum! ^_^~

Resepi: Brownies Coklat Kedut


Assalamualaikum!

Nak dijadikan cerita, semenjak aku menjebakkan diri ke dalam dunia kek ni, macam-macam jenis kek aku dah cuba buat, macam-macam jenis biskut dah cuba buat. Tapi dalam banyak-banyak kek aku paling suka brownies! Nyum! sedap taw! jangan pandang sebelah mata. Walaupun rupa dia berkedut sana-sini tapi bila masuk mulut..sangatlah heaven rasanya terutama bagi penggemar coklat macam aku. Semacam chewy di mulut bila makan brownies ni. Sedap sangat! Rugi tak try resepi ni tau! =P

Sebelum tu aku nak bagi sedikit tips supaya korang dapat buat brownies yang sedap rasanya, pilihan coklat masakan adalah sangat penting sebab akan mempengaruhi 'kejadian' brownies tersebut. So, kalau bagi akulah, aku sarankan korang guna coklat masakan beryl's (dark chocolate). Dan untuk koko pula aku selalu guna koko brand Van Houten. Butter, biasa aku guna buttercup jaa tapi kalau nak brownies tu lagi lembut dan sedap, pilihlah butter yang berkualiti.



*Sediakan loyang segi empat berukuran 8x8 inch
Bahan-Bahan:
  • 230 gram Dark chocolate compound (jenama beryl's)
  • 180 gram gula kastor (kalau tak nak manis sangat guna 150 gram saja)
  • 85 gram butter
  • 85 gram tepung gandum
  • 23 gram serbuk koko
  • 2 biji telur gred A
  • 1/4 teaspoon esen vanilla
  • 1/4 teaspoon baking powder
  • coklat button/badam cincang (tambahan)
Cara-cara:
  1. Satukan tepung gandum, koko dan baking powder kemudian ayak dan ketepikan.
  2. Cairkan butter & coklat (guna kaedah double boiler). Dah cair, sebatikan/kaup balik coklat dan butter yang dah dicairkan tadi guna spatula sahaja. Kemudian ketepikan. Biarkan adunan suam seketika.
  3. Pukul/mixer gula dan telur sehingga berbuih/kembang putih (tak perlu terlalu kembang asalkan berbuih & kembang putih dah cukup)
  4. Masukkan perlahan-lahan adunan coklat dan butter yang dah suam ke dalam adunan telur kemudian mixer sehingga sebati kedua adunan tadi. 
  5. Bila dah sebati, masukkan pula adunan tepung, koko dan baking powder yang telah kita ayak tadi ke dalam adunan coklat tersebut. Masukkan perlahan-lahan kemudian mixer sehingga adunan tadi sebati. Setelah sebati, akhir sekali baru masukkan esen vanilla.
  6. Sediakan loyang yang telah dilapik dengan kertas baking. Lebihkan kertas baking untuk bahagian tepi supaya senang nak angkat brownies yang telah siap dibakar keluar.
  7. Tuangkan adunan brownies ke dalam loyang kemudian ratakan. Kalau nak lebih sedap, boleh taburkan coklat button/badam cincang. Kali ni, aku guna coklat button.
  8. Panaskan oven dalam 15 minit macamtu, dengan suhu 170c. Bila nak masukkan adunan brownies untuk dibakar, turunkan suhu kepada 160c, guna api atas dan bawah, kemudian bakar selama 25-30 minit (bergantung oven masing-masing) 
  9. Setelah kek siap dimasak, jangan keluarkan terus dari oven, buka sikit pintu oven lebih kurang dalam 10-15 minit baru keluarkan brownies.

Selain tu, kalau nak dapatkan brownies yang cantik kedutnya, bukan setakat penggunaan coklat masakan berjenama dan berkualiti sahaja, tapi penggunaan coklat masakan yang banyak juga mempengaruhi keadaan kek brownies kita. Aku bagi tips, kalau agak ragu-ragu sama ada brownies dah masak ke belum, ambil lidi ke, pencungkil gigi ke (pastikan yang baru & bersih) buka oven sikit kemudian cucuk adunan tadi guna lidi/pencungkil gigi, and then tengoklah kalau dekat lidi tu tak bersih, maksud aku..ada terikut adunan tadi biarpun sikit, means kek tu masih tak berapa masak di bahagian dalam. Tutup semula oven, tambah masa sikit (agak-agak jaa) dan bakar semula sehingga masak. Jangan overcook pula ya ='). Dan satu lagi, jangan buka oven terlalu lama, takut nanti mem'bantut'kan perkembangan kek tersebut. =') 

Oklaa, see you guys dalam next entry in shaa Allah. =)

Tq for reading, barakallahu fikum! ^_^~

Resepi: Muffin Blueberry


Assalamualaikum!

Petang-petang macam ni, sedapnya Ya Allah, kalau sambil layan televisyen sambil-sambil pekena blueberry cupcake dengan air teh o kurang manis. Mau tak nak bergerak dari kerusi la jawabnya. Haha! Resepi ni tak adalah susah dan leceh manapun. Bahan-bahan pun senang ja nak dapat.
Kalau bila-bila rajin tu, korang cubalah buat dan hidangkan untuk minum petang. =)


  

Resepi: Rahel Cake

Muffin Blueberry

Bahan-bahan:

Bahan A:
  • 150 gram gula kaster
  • 120 gram butter
  • 2 tablespoon madu
  • 15 gram susu tepung (saya guna 4 Tb/s susu segar. Main agak-agak ja)
  • 1/2 sk esen vanilla
  • 2 biji telur gred A

Bahan B:

  • 300 gram tepung naik sendiri, diayak (saya guna tepung gandum + 1/4 sk baking powder)
  • 165 gram air
  • Blueberry filling secukupnya

Cara-cara:
  1. Panaskan oven pada suhu 170C-180C. Suhu oven, masing-masing kena pandai adjust ya..
  2. Masukkan gula kaster, butter, madu, susu & esen vanilla ke dalam bekas kemudian pukul pada kelajuan perlahan. Pukul sehingga berkrim dan agak lembut.
  3. Setelah itu, masukkan telur sebiji demi sebiji. Kemudian, pukul semula hingga sebati.
  4. Bila adunan tadi sudah sebati, masukkan tepung perlahan-lahan sambil diselangi dengan air. Masukkan berselang seli dalam 3 kali ke macam tu. Kemudian, mixer lagi adunan sehingga tepung dan air sebati dengan adunan. Kalau nak guna spatula saja pada step ini pun boleh.
  5. Masukkan adunan tadi ke dalam papercup, agak-agak ja jangan terlalu penuh..lepastu masukkan sedikit filling blueberry. Jangan letak terlalu banyak nanti terlebih manis pula. Letak sesederhana & secukup rasa pun dah ok
  6. Bakar adunan pada suhu 170C-180C selama 20-25 minit. Lepas masak, sejukkan dulu atas wire rack lepastu baru hias.
Bahan Buttercream:
  • 150 gram mentega
  • 350 gram creamwell
  • 180 gram sirap gula/susu pekat manis
  • 3 sudu besar gula aising (diayak)

Cara-Cara:
  1.  Pukul mentega & creamwell selama 10 minit sehingga kembang & pucat warnanya.
  2. Masukkan sirap gula/susu pekat manis dan gula aising.
  3. Pukul hingga sebati. Kemudian, untuk resepi ini, saya tak guna sebarang pewarna..saya cuma letakkan filling blueberry ke dalam adunan buttercream tadi. Lepastu, saya kaup guna spatula tak nak bagi filling blueberry dengan buttercream tu sebati sangat. Asalkan nampak texture gitu =)
Senang ja cara buatnya..tak rumit pun. Asalkan kita ikut step resepi betul-betul, baca arahan dengan teliti, Bismillah in shaaAllah menjadi. Lepas ni, semua boleh try, test, cuba..hahaha ambek kau =P
Moga berhasil hendaknya. Selamat mencuba semua! =)

Tq, for reading =)

Resepi: Pavlova


Assalamualaikum

Hee lama tak update blog kan :D
suka hilang-hilang taw! >.<
baiklah, terus pada topik..dari sebelum raya lagi aku asyik mengidam nak buat pavlova ni..
lepas raya, syawal ke 9 baru dapat buat..hahahaha sedih taw..
alhamdulillah, since harini ada rezeki dapat buat..tunggu tetamu pun tetamu tak muncul-muncul
jadi decide nak buat pavlova. Alang-alang tu mak aku jalan, so kirim barang dengan mak.
Nak harap muka aku turun bandar..entah dapat entah tidak aku terbuat pavlova hari ni.

Actually, ini kali pertama aku buat pavlova even masa buat tu meringue pertama tak menjadi -..-'
sempat jugakla aku mengamuk..habis hilang kemanisan di wajah ini..ihikss *mohon penampar laju2
eee..panjang benau celoteh.. >.<


T..T haha..tah pape jaa gambar..biarlaah..hee

 Bahan-Bahan Meringue:

  •   4 Biji putih telur (takmo ada sikitpun kuning telur yaa..itu kita takmo..nanti meringue merajuk)
  •  3/4 Cawan gula kastor (gula halus)
  •  1 Sudu besar tepung jagung
  •  1 Sudu teh esen vanilla
  •  1 Sudu teh cuka putih (ya cuka masakan tu ;D)



 Bahan Whipping:
 Untuk whipping, aku guna yg memang sedia ready tinggal nak kena mixer ja..haa senang sikit. Tak  leceh sangat. Mohon ibu mertua sayang ketat-ketat yaa ibu :'D

Hiasan atas pavlova:
*untuk pavlova aku galakkan supaya guna buah-buahan yg masam. Contoh macam, strawberi, kiwi, anggur dan lain-lain..if nak buat pavlova mangga pun ok juga :D

aku guna whipping branded ni. sorry lah yaaa..hakak terlindungkan tulisan dia =')
gambar sekali dengan segala kotak telur, talam oven, kuali, senduk apa semua >.<

Cara-caranya:
1. First sekali, kita buat meringue dahulu ya. Pukul 4 biji putih telur tadi sehingga kembang & berbuih. Pukul guna mixer..bukan kayu besbol >.<

2. Lepas dah kembang telur tu, masukkan gula sedikit demi sedikit. pukul sampai meringue tersebut berkilat. 

3. Satu tips, utk mengetahui sama ada meringue tu dah jadi ataupun tak..cuba tonggekkan adunan tu sikit. Kalau tak gerak tu maknanya dah jadi la tu Kalau nak lagi ekstrem dan yakin, boleh cuba terbalikkan meringue atas kepala..kalau meringue tak jatuh, lekat ja dalam mangkuk tu..haa dah jadilah tu.. :D

4. Selesai step di atas, masukkan tepung jagung, cuka dan esen vanilla dalam adunan. Setelah itu, sebatikan adunan guna "spatula" tak perlu gunakan mixer lagi. Gaul adunan sampai sebati.

5. Ambil loyang, letak kertas minyak/baking paper lepastu buat bulatan atas baking paper tadi. Buat bulatan sederhana ja taw..takyah beso gedabak. (aku buat bulatan guna set geometri adik aku :'D)

6. Kemudian, ambil adunan meringue tadi dan tuangkan ke dalam bulatan yg kita daa buat dkt atas baking paper tadi. Tuangkan dalam bulatan tersebut sahaja biar nampak kemas. Fungsi bulatan tu utk ejas meringue kita supaya bentuk dia bulat comel cinonet jaa.. =D

7. Panaskan oven dengan suhu 150C selama 15 minit. Kemudian, turunkan pada suhu 140C. Bakar meringue selama lebih kurang 1 jam-1 jam 15 minit. Sementara tunggu  meringue dibakar, boleh start mixer whipping cream ok.


8. Bila dah masak, sejukkan dulu pavlova kemudian baru touch up dgn whipping krim dan buah-buahan pilihan masing-masing ;)


tedaaa~ pavlova yg telah siap di touch up in da house!!
tapikan, aku ada satu jenis ja buah..hee lupa pesan dkt mak nak minta beli 2 jenis buah 
mak beli satu jenis jaa..alahaii la mak..hehe =') 
tapi takpelah cantik jugak >.<


tadi kan, adik-adik aku siap ngompat kata tak sedap gitew akak masak..
at least tak sampai 25 minit daa habis ;')
tu ke yg dorang kata tak sedap? 
eleh, cover lettew >.<

ps: maaf la gambar panjang2 >.< ambil gambar gunaa hp jaa..
belum ada rezeki nak ada kamera sendiri =P
credit resepi dari Cik Epal..
maceh Cik Epal..sedap benau! =D

 Tq, for reading. Love, Hakak Manes.