Resepi: Muffin Blueberry


Assalamualaikum!

Petang-petang macam ni, sedapnya Ya Allah, kalau sambil layan televisyen sambil-sambil pekena blueberry cupcake dengan air teh o kurang manis. Mau tak nak bergerak dari kerusi la jawabnya. Haha! Resepi ni tak adalah susah dan leceh manapun. Bahan-bahan pun senang ja nak dapat.
Kalau bila-bila rajin tu, korang cubalah buat dan hidangkan untuk minum petang. =)


  

Resepi: Rahel Cake

Muffin Blueberry

Bahan-bahan:

Bahan A:
  • 150 gram gula kaster
  • 120 gram butter
  • 2 tablespoon madu
  • 15 gram susu tepung (saya guna 4 Tb/s susu segar. Main agak-agak ja)
  • 1/2 sk esen vanilla
  • 2 biji telur gred A

Bahan B:

  • 300 gram tepung naik sendiri, diayak (saya guna tepung gandum + 1/4 sk baking powder)
  • 165 gram air
  • Blueberry filling secukupnya

Cara-cara:
  1. Panaskan oven pada suhu 170C-180C. Suhu oven, masing-masing kena pandai adjust ya..
  2. Masukkan gula kaster, butter, madu, susu & esen vanilla ke dalam bekas kemudian pukul pada kelajuan perlahan. Pukul sehingga berkrim dan agak lembut.
  3. Setelah itu, masukkan telur sebiji demi sebiji. Kemudian, pukul semula hingga sebati.
  4. Bila adunan tadi sudah sebati, masukkan tepung perlahan-lahan sambil diselangi dengan air. Masukkan berselang seli dalam 3 kali ke macam tu. Kemudian, mixer lagi adunan sehingga tepung dan air sebati dengan adunan. Kalau nak guna spatula saja pada step ini pun boleh.
  5. Masukkan adunan tadi ke dalam papercup, agak-agak ja jangan terlalu penuh..lepastu masukkan sedikit filling blueberry. Jangan letak terlalu banyak nanti terlebih manis pula. Letak sesederhana & secukup rasa pun dah ok
  6. Bakar adunan pada suhu 170C-180C selama 20-25 minit. Lepas masak, sejukkan dulu atas wire rack lepastu baru hias.
Bahan Buttercream:
  • 150 gram mentega
  • 350 gram creamwell
  • 180 gram sirap gula/susu pekat manis
  • 3 sudu besar gula aising (diayak)

Cara-Cara:
  1.  Pukul mentega & creamwell selama 10 minit sehingga kembang & pucat warnanya.
  2. Masukkan sirap gula/susu pekat manis dan gula aising.
  3. Pukul hingga sebati. Kemudian, untuk resepi ini, saya tak guna sebarang pewarna..saya cuma letakkan filling blueberry ke dalam adunan buttercream tadi. Lepastu, saya kaup guna spatula tak nak bagi filling blueberry dengan buttercream tu sebati sangat. Asalkan nampak texture gitu =)
Senang ja cara buatnya..tak rumit pun. Asalkan kita ikut step resepi betul-betul, baca arahan dengan teliti, Bismillah in shaaAllah menjadi. Lepas ni, semua boleh try, test, cuba..hahaha ambek kau =P
Moga berhasil hendaknya. Selamat mencuba semua! =)

Tq, for reading =)

1 comment:

adiba rusli said...

niceeeeee.sedapnyaaa. terus cravin'