Resepi: Red Velvet Cake / Kek Baldu Merah (Versi Bakar)


Assalamualaikum!

Harini nak share resepi cake red velvet pulak. Sebenarnya dari haritu lagi aku janji nak bagi,  tapi masa selalu tak mengizinkan..asyik bz siapkan tempahan kek. Bila dah sehari buat kerja, malam aku khususkan untuk rehat sekejap, lock order mana yg tak lock lagi dan bakar kek untuk di deco pada keesokan hari. Haritu nak buat 'live' cara buat kek red velvet ni dekat Facebook, tapi malangnya aku kena block dari menggunakan 'live fb'..so tertangguh niat tu sampailah harini baru dapat update dekat blog. Nak update blog guna handphone sangatla tak syok..screen kecik, tak puas! Haha! 

Kek red velvet ni, adalah kek yang popular dengan warna merah gelap, merah terang atau warna merah coklat. Biasanya disediakan berlapis dengan krim keju. Manakala warna merah tersebut pula diperolehi dengan menambahkan pewarna makanan.  

Ciri - ciri utama kek red velvet; Cuka putih, baking soda & buttermilk, menjadikan warna kemerahan dalam kek lebih terserlah bila bercampur serbuk koko. Hasilnya? Gabungan sedikit masam, kecoklatan,warna yang menangkap mata dan lemak rasa frosting! Terliur tak? ngee =3




Daripada pencarian aku melalui lebai google, Kek red velvet ni merupakan kek tradisional masyarakat Eropah. Beza kek red velvet dengan kek lain adalah rasa masam pada kek tersebut. Zaman dulu-dulu kan peti sejuk tak da lagi, so orang Eropah ni diaorang guna cuka sebagai bahan pengawet masakan termasuklah dalam pembuatan kek. Selain tu pada zaman perang di eropah dulu, pembuat kek guna ubi bit yang direbus dan dicampur ke dalam kek untuk mendapatkan warna & kelembapannya.

setakat ni aku dah cuba banyak versi untuk kek red velvet ni, boleh dikatakan banyak kali hampa jugakla..kek selalu tak jadik. Guna versi ni kek ok ja, cantik dan paling penting menjadik! If customer request kek red velvet, resepi ni lah yang aku akan guna. Sebelum ni aku tak mahir buat kek red velvet versi bakar, so selalunya aku akan kukus ja bila customer request cake ni..if bakar selalunya kek aku keras ataupun merekah dengan teruk di tengah. Korang trylah guna resepi ni, moga menjadik!

Bahan-Bahan:

Bahan A (Buttermilk)
  • 240 ml susu segar
  • 2 sudu kecil cuka
  • 4 sudu kecil pewarna merah
(satukan semua bahan A)

Bahan B
  • 250 gm tepung naik sendiri
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
(ayakkan semua bahan B)

Bahan C
  • 150 gm butter
  • 250 gm gula kastor
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 3 biji telur gred A
Bahan D
  • 2 sudu kecil cuka
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat


Cara-cara:

1. Campurkan butter & gula dan pukul sehingga kembang. Masukkan esen vanilla & telur satu persatu. Mix hingga sebati.
2.  Kemudian masukkan bahan A & bahan B secara selang seli. Jika mulakan dengan bahan B, akhiri dengan bahan B juga. (contoh; tepung, buttermilk, tepung, buttermilk kemudian last sekali tepung) Mix lagi hingga sebati.
3. Satukan bahan D ke dealam bekas, ia akan berbuih & berbunyi, tunggu sehingga bunyi berhenti baru masukkan ke dalam adunan kek tadi. Kacau sebati.
4.  Griskan loyang dengan butter & alaskan dengan kertas minyak. Adunan ni sesuai untuk loyang 8 inci.
5. Bakar pada suhu 160'C selama 50 minit atau sehingga masak. Guna api atas bawah. (Yang ni bergantung pada suhu oven masing-masing, kena pandai set suhu oven masing-masing sebab ada sesetengah oven, suhu dia berlainan.)



Korang jangan hairan, kek red velvet ni bila dah siap masak dia memang tak naik tinggi @ kembang sangat. Red Velvet adalah sejenis kek yang berat dan padat. Paling sesuai dengan frosting cream cheese. Kalau customer order request nak frosting lain pun aku lebih suggest kan customer ambil frosting cream cheese. Takut nanti bila tukar frosting lain, customer rasa pelik pulak. Hehe. Cuma nak yang terbaik untuk customer.


Untuk resepi frosting boleh rujuk di bawah;

Resepi Krim Keju:
  • 200 gm cream cheese
  • 1 sudu teh lemon paste
  • 90 gm coklat masakan putih
  • 150 gm krim bukan tenusu (Non Dairy Whipping cream)
  • 8 gm gelatin
  • 30 gm air
Cara-cara:

1. Cairkan gelatin
2. Cairkan coklat masakan guna kaedah double boil
3. Satukan gelatin cair dalam coklat putih
4. Pukul krim keju dan paste lemon hingga lembut
5. Tambahkan adunan gelatin dan coklat putih 
6. Dalam bekas pemutar lain, putar krim keju hingga kental
7. Satukan krim putar dalam krim keju dan kaup balik rata


TQ for reading, barakallahu fikum! ^_^~

Resepi: Durian Crepe


Assalamualaikum!

Baru dapat update blog, kebelakangan ni aku sibuk dengan tempahan cake..nak curi masa update blog pun kadang tak sempat. Jengah blog kejap-kejap ja. Kejap lagi lepas siap update blog ni bermaraton lagi lah siapkan kek. Alhamdulillah, rezeki masuk mencurah-curah. =)




Sebab sekarang ni musim durian..kat mana-mana pun berterabur orang jual durian crepe. Aku bukanlah salah seorang 'hantu durian', hidu bau durian pun boleh buat aku loya tau. Mak dengan adik-adik aku pula, memang sah-sah hantu durian. Kalau diaorang dah makan durian memang aku masuk bilik berkurung, hahaha! Tapi baru-baru ni aku gagahkan juga diri buat durian crepe sebab mak dengan adik-adik request. Nak beli, mahal..makan tak puas sebab adik-adik aku ramai..beli rm 12 dapatla 5 biji durian crepe, mana puas oii sorang sebiji!

Nak buat durian crepe ni tak susah pun, resepi yang aku guna simple ja. Takda pakai tepung hong kong, tepung ubi semua bagai tu. Sekarang ni, resepi durian crepe ada macam-macam versi, tapi bagi aku..asalkan sedap dan menjadik resepi simple pun ok apa. So, check it out!



Bahan-bahan:

  • 250 gram tepung gandum 
  • 400 ml santan (aku guna santan kotak, nak guna perahan santan pun boleh)
  • 150 ml air
  • 3 biji telur
  • 1 penutup esen vanilla
  • 1/2 sudu kecil pewarna kuning telur
  • Garam secubit
  • Whipping cream (pukul hingga kembang untuk inti durian crepe nanti, aku guna Brand Value Pride)
  • Isi durian yang dilenyek (untuk inti)

Cara-cara:

1. Satukan tepung gandum, santan & air kemudian mixer hingga sebati.
2. Kemudian masukkan telur sebiji-sebiji, esen vanilla, pewarna kuning, telur & garam..mixer bagi sebati.
3. Bila dah siap mixer & sebati, adunan tadi korang kena tapis dulu supaya crepe korang halus mulus nanti.
4. Panaskan non stick pan korang, kemudian oleskan sedikit butter pada kuali. 
5. Bila kuali dah mula panas, letakkan lah sesenduk adunan crepe tadi ke dalam non stick pan. Pastu ratakan adunan di sekeliling kuali korang macam buat telur dadar tu.
6. Masak crepe ni tak payah terbalikkan pun, nak tau crepe tu dah masak ke belum permukaan atas crepe tu pastikan dah kering, bolehla korang angkat dari diseksa terus menerus di dalam kuali.
7. Last sekali, dah siap semua boleh mulakan proses melipat crepe korang. Sebelum tu whip dulu whipping cream dan lenyekkan isi durian ye.








Nak guna mixer pun tak ada masalah, kalau lagi rajin kacau ja pakai tangan. Buat durian crepe ni tak susah pun, part yang mencabar buat crepe ni, time nak pastikan crepe tu tipis ja sebenarnya..sebab kalau tebal tak sedap. Lagi satu, kalau rasa adunan korang agak pekat, boleh tambahkan sikit air supaya adunan jadi ringan. Lebih mudah nak buat crepe yang tipis nanti. =)

Resepi versi lain, inti durian ada yg buat jadi kastard..ada sikit masa lain hari aku share lagi resepi dia. Buat masa ni, ni ja yang mampu aku share dekat blog dulu. Masa tak cukup sangat nak bebel panjang-panjang. Free-free nanti aku buat part 2..sekarang aku nak rehat kejap sebelum sambung maraton aku =3


TQ for reading, barakallahu fikum! ^_^~