Tips: Tampalan Edible Image di kek & Elakkan Edible Image berkedut


Assalamualaikum!



Masa first-first belajar buat kek dulu, bila ada customer tempah kek edible image..edible image aku selalu berkedut dengan teruk. Kadang, aku sampai fed up tau. Pastu, terfikir nak google cara nak tampal edible image pada cake. Baru aku tahu, rupanya edible image ni dia tak boleh terus tampal macam tu ja dekat kek. Ada teknik dia. 

Jangan risau, edible image selamat untuk dimakan..kerana edible image adalah kertas gula bergambar malahan bahan-bahan kertas gula & ink adalah 'edible' (boleh & selamat untuk dimakan) bukan ink printer yg macam biasa kita pakai tu ok. Ketahanan edible image pula bergantung dari cara penyimpanan hanya antara 1-2 bulan. Adalah lebih baik, disimpan selalu dalam plastik tertutup/seal rapat. Selagi gambar pada edible image belum pudar dan ada perubahan lainnya pada kertas, edible image masih boleh digunakan kerana untuk kertas nya, jangka masa expired dalam 1 tahun kedepan. Edible image tidak perlu di simpan dalam peti sejuk, penyimpanan edible image yang belum disapukan white choc di dalam peti sejuk boleh mengakibatkan edible image berkerut dan tidak dapat digunakan lagi untuk diaplikasikan di atas cake. Aku explain macam professor tak? hahaha


Spesifikasi Edible Image :
- Ukuran kertas A4
- Bidang yang dapat di print 18X27cm


Untuk yang baru nak belajar macam aku, di bawah ni ada beberapa tips yang boleh korang gunakan untuk menampal edible image pada kek. Semoga berguna =)

Untuk Kek yang menggunakan Fresh Cream/Buttercream

A) Sapu rata marjerin/butter/shortening pada bahagian belakang edible image sebelum ditampal pada kek, masukkan seketika dalam peti sejuk biar dalam 2/3 minit..kemudian keluarkan dan tampal pada kek.

B) Cairkan coklat masakan putih, sapu rata pada bahagian belakang edible image sebelum ditampal pada kek. Masukkan seketika dalam peti sejuk biar dalam 2/3 minit kemudian keluarkan dan tampal pada kek. (aku prefer cara ni lagi senang.)

Untuk Kek yang menggunakan Fondant

Untuk mengaplikasikan edible image pada kek yang menggunakan fondant, belakang edible image tidak perlu dilapisi coklat putih, cukup sapukan tipis-tipis butter/shortening ataupun aku lebih suka lekat menggunakan edible glue. Iaitu cmc yang aku campur kan dengan sedikit air..kemudian sapu tipis pada bahagian belakang cake setelah itu boleh ditampal pada kek.

Di bawah, aku ada sertakan gambar step cara aku tampal edible image ke atas kek fresh cream. Tempahan customer baru-baru ini.



Edible image yang belum disapukan melted white choc


Hasil setelah disapukan dengan melted white choc. Untuk edible image yang nak ditampal pada kek fresh cream, biasanya aku sapu melted white choc tebal sikit supaya tak berkedut bila letak atas kek nanti.


Masukkan seketika di dalam peti sejuk. jangan risau lepas korang masukkan edible image ke dalam peti sejuk memang edible image akan 'biut' sikit sebab melted white choc tadi dah 'set'..lepas keluarkan dari peti sjeuk nanti rehatkan sekejap bagi dia lembut pastu bolehlah tampal pada kek.


Kek yang belum ditampal edible image, sebelum tu pastikan  korang dah coat dulu kek korang ok.Masukkan dalam peti sejuk dulu bagi dia sejuk sikit sebelum nak tampal edible image.


Bila dah tampal pada kek, ratakan edible image korang. Gosok-gosok manja.

Foto Nadia Natasha.


Foto Nadia Natasha.

Tadaa, hasil kek yang aku dah deko. Simple ja. Bolehlah deko kek ikut sedap mata korang memandang. =)



TQ for reading, barakallahu fikum! ^_^~

Resepi: Red Velvet Cake / Kek Baldu Merah (Versi Bakar)


Assalamualaikum!

Harini nak share resepi cake red velvet pulak. Sebenarnya dari haritu lagi aku janji nak bagi,  tapi masa selalu tak mengizinkan..asyik bz siapkan tempahan kek. Bila dah sehari buat kerja, malam aku khususkan untuk rehat sekejap, lock order mana yg tak lock lagi dan bakar kek untuk di deco pada keesokan hari. Haritu nak buat 'live' cara buat kek red velvet ni dekat Facebook, tapi malangnya aku kena block dari menggunakan 'live fb'..so tertangguh niat tu sampailah harini baru dapat update dekat blog. Nak update blog guna handphone sangatla tak syok..screen kecik, tak puas! Haha! 

Kek red velvet ni, adalah kek yang popular dengan warna merah gelap, merah terang atau warna merah coklat. Biasanya disediakan berlapis dengan krim keju. Manakala warna merah tersebut pula diperolehi dengan menambahkan pewarna makanan.  

Ciri - ciri utama kek red velvet; Cuka putih, baking soda & buttermilk, menjadikan warna kemerahan dalam kek lebih terserlah bila bercampur serbuk koko. Hasilnya? Gabungan sedikit masam, kecoklatan,warna yang menangkap mata dan lemak rasa frosting! Terliur tak? ngee =3




Daripada pencarian aku melalui lebai google, Kek red velvet ni merupakan kek tradisional masyarakat Eropah. Beza kek red velvet dengan kek lain adalah rasa masam pada kek tersebut. Zaman dulu-dulu kan peti sejuk tak da lagi, so orang Eropah ni diaorang guna cuka sebagai bahan pengawet masakan termasuklah dalam pembuatan kek. Selain tu pada zaman perang di eropah dulu, pembuat kek guna ubi bit yang direbus dan dicampur ke dalam kek untuk mendapatkan warna & kelembapannya.

setakat ni aku dah cuba banyak versi untuk kek red velvet ni, boleh dikatakan banyak kali hampa jugakla..kek selalu tak jadik. Guna versi ni kek ok ja, cantik dan paling penting menjadik! If customer request kek red velvet, resepi ni lah yang aku akan guna. Sebelum ni aku tak mahir buat kek red velvet versi bakar, so selalunya aku akan kukus ja bila customer request cake ni..if bakar selalunya kek aku keras ataupun merekah dengan teruk di tengah. Korang trylah guna resepi ni, moga menjadik!

Bahan-Bahan:

Bahan A (Buttermilk)
  • 240 ml susu segar
  • 2 sudu kecil cuka
  • 4 sudu kecil pewarna merah
(satukan semua bahan A)

Bahan B
  • 250 gm tepung naik sendiri
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
(ayakkan semua bahan B)

Bahan C
  • 150 gm butter
  • 250 gm gula kastor
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 3 biji telur gred A
Bahan D
  • 2 sudu kecil cuka
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat


Cara-cara:

1. Campurkan butter & gula dan pukul sehingga kembang. Masukkan esen vanilla & telur satu persatu. Mix hingga sebati.
2.  Kemudian masukkan bahan A & bahan B secara selang seli. Jika mulakan dengan bahan B, akhiri dengan bahan B juga. (contoh; tepung, buttermilk, tepung, buttermilk kemudian last sekali tepung) Mix lagi hingga sebati.
3. Satukan bahan D ke dealam bekas, ia akan berbuih & berbunyi, tunggu sehingga bunyi berhenti baru masukkan ke dalam adunan kek tadi. Kacau sebati.
4.  Griskan loyang dengan butter & alaskan dengan kertas minyak. Adunan ni sesuai untuk loyang 8 inci.
5. Bakar pada suhu 160'C selama 50 minit atau sehingga masak. Guna api atas bawah. (Yang ni bergantung pada suhu oven masing-masing, kena pandai set suhu oven masing-masing sebab ada sesetengah oven, suhu dia berlainan.)



Korang jangan hairan, kek red velvet ni bila dah siap masak dia memang tak naik tinggi @ kembang sangat. Red Velvet adalah sejenis kek yang berat dan padat. Paling sesuai dengan frosting cream cheese. Kalau customer order request nak frosting lain pun aku lebih suggest kan customer ambil frosting cream cheese. Takut nanti bila tukar frosting lain, customer rasa pelik pulak. Hehe. Cuma nak yang terbaik untuk customer.


Untuk resepi frosting boleh rujuk di bawah;

Resepi Krim Keju:
  • 200 gm cream cheese
  • 1 sudu teh lemon paste
  • 90 gm coklat masakan putih
  • 150 gm krim bukan tenusu (Non Dairy Whipping cream)
  • 8 gm gelatin
  • 30 gm air
Cara-cara:

1. Cairkan gelatin
2. Cairkan coklat masakan guna kaedah double boil
3. Satukan gelatin cair dalam coklat putih
4. Pukul krim keju dan paste lemon hingga lembut
5. Tambahkan adunan gelatin dan coklat putih 
6. Dalam bekas pemutar lain, putar krim keju hingga kental
7. Satukan krim putar dalam krim keju dan kaup balik rata


TQ for reading, barakallahu fikum! ^_^~