Resepi: Durian Crepe


Assalamualaikum!

Baru dapat update blog, kebelakangan ni aku sibuk dengan tempahan cake..nak curi masa update blog pun kadang tak sempat. Jengah blog kejap-kejap ja. Kejap lagi lepas siap update blog ni bermaraton lagi lah siapkan kek. Alhamdulillah, rezeki masuk mencurah-curah. =)




Sebab sekarang ni musim durian..kat mana-mana pun berterabur orang jual durian crepe. Aku bukanlah salah seorang 'hantu durian', hidu bau durian pun boleh buat aku loya tau. Mak dengan adik-adik aku pula, memang sah-sah hantu durian. Kalau diaorang dah makan durian memang aku masuk bilik berkurung, hahaha! Tapi baru-baru ni aku gagahkan juga diri buat durian crepe sebab mak dengan adik-adik request. Nak beli, mahal..makan tak puas sebab adik-adik aku ramai..beli rm 12 dapatla 5 biji durian crepe, mana puas oii sorang sebiji!

Nak buat durian crepe ni tak susah pun, resepi yang aku guna simple ja. Takda pakai tepung hong kong, tepung ubi semua bagai tu. Sekarang ni, resepi durian crepe ada macam-macam versi, tapi bagi aku..asalkan sedap dan menjadik resepi simple pun ok apa. So, check it out!



Bahan-bahan:

  • 250 gram tepung gandum 
  • 400 ml santan (aku guna santan kotak, nak guna perahan santan pun boleh)
  • 150 ml air
  • 3 biji telur
  • 1 penutup esen vanilla
  • 1/2 sudu kecil pewarna kuning telur
  • Garam secubit
  • Whipping cream (pukul hingga kembang untuk inti durian crepe nanti, aku guna Brand Value Pride)
  • Isi durian yang dilenyek (untuk inti)

Cara-cara:

1. Satukan tepung gandum, santan & air kemudian mixer hingga sebati.
2. Kemudian masukkan telur sebiji-sebiji, esen vanilla, pewarna kuning, telur & garam..mixer bagi sebati.
3. Bila dah siap mixer & sebati, adunan tadi korang kena tapis dulu supaya crepe korang halus mulus nanti.
4. Panaskan non stick pan korang, kemudian oleskan sedikit butter pada kuali. 
5. Bila kuali dah mula panas, letakkan lah sesenduk adunan crepe tadi ke dalam non stick pan. Pastu ratakan adunan di sekeliling kuali korang macam buat telur dadar tu.
6. Masak crepe ni tak payah terbalikkan pun, nak tau crepe tu dah masak ke belum permukaan atas crepe tu pastikan dah kering, bolehla korang angkat dari diseksa terus menerus di dalam kuali.
7. Last sekali, dah siap semua boleh mulakan proses melipat crepe korang. Sebelum tu whip dulu whipping cream dan lenyekkan isi durian ye.








Nak guna mixer pun tak ada masalah, kalau lagi rajin kacau ja pakai tangan. Buat durian crepe ni tak susah pun, part yang mencabar buat crepe ni, time nak pastikan crepe tu tipis ja sebenarnya..sebab kalau tebal tak sedap. Lagi satu, kalau rasa adunan korang agak pekat, boleh tambahkan sikit air supaya adunan jadi ringan. Lebih mudah nak buat crepe yang tipis nanti. =)

Resepi versi lain, inti durian ada yg buat jadi kastard..ada sikit masa lain hari aku share lagi resepi dia. Buat masa ni, ni ja yang mampu aku share dekat blog dulu. Masa tak cukup sangat nak bebel panjang-panjang. Free-free nanti aku buat part 2..sekarang aku nak rehat kejap sebelum sambung maraton aku =3


TQ for reading, barakallahu fikum! ^_^~

Resepi: Brownies Coklat Kedut


Assalamualaikum!

Nak dijadikan cerita, semenjak aku menjebakkan diri ke dalam dunia kek ni, macam-macam jenis kek aku dah cuba buat, macam-macam jenis biskut dah cuba buat. Tapi dalam banyak-banyak kek aku paling suka brownies! Nyum! sedap taw! jangan pandang sebelah mata. Walaupun rupa dia berkedut sana-sini tapi bila masuk mulut..sangatlah heaven rasanya terutama bagi penggemar coklat macam aku. Semacam chewy di mulut bila makan brownies ni. Sedap sangat! Rugi tak try resepi ni tau! =P

Sebelum tu aku nak bagi sedikit tips supaya korang dapat buat brownies yang sedap rasanya, pilihan coklat masakan adalah sangat penting sebab akan mempengaruhi 'kejadian' brownies tersebut. So, kalau bagi akulah, aku sarankan korang guna coklat masakan beryl's (dark chocolate). Dan untuk koko pula aku selalu guna koko brand Van Houten. Butter, biasa aku guna buttercup jaa tapi kalau nak brownies tu lagi lembut dan sedap, pilihlah butter yang berkualiti.



*Sediakan loyang segi empat berukuran 8x8 inch
Bahan-Bahan:
  • 230 gram Dark chocolate compound (jenama beryl's)
  • 180 gram gula kastor (kalau tak nak manis sangat guna 150 gram saja)
  • 85 gram butter
  • 85 gram tepung gandum
  • 23 gram serbuk koko
  • 2 biji telur gred A
  • 1/4 teaspoon esen vanilla
  • 1/4 teaspoon baking powder
  • coklat button/badam cincang (tambahan)
Cara-cara:
  1. Satukan tepung gandum, koko dan baking powder kemudian ayak dan ketepikan.
  2. Cairkan butter & coklat (guna kaedah double boiler). Dah cair, sebatikan/kaup balik coklat dan butter yang dah dicairkan tadi guna spatula sahaja. Kemudian ketepikan. Biarkan adunan suam seketika.
  3. Pukul/mixer gula dan telur sehingga berbuih/kembang putih (tak perlu terlalu kembang asalkan berbuih & kembang putih dah cukup)
  4. Masukkan perlahan-lahan adunan coklat dan butter yang dah suam ke dalam adunan telur kemudian mixer sehingga sebati kedua adunan tadi. 
  5. Bila dah sebati, masukkan pula adunan tepung, koko dan baking powder yang telah kita ayak tadi ke dalam adunan coklat tersebut. Masukkan perlahan-lahan kemudian mixer sehingga adunan tadi sebati. Setelah sebati, akhir sekali baru masukkan esen vanilla.
  6. Sediakan loyang yang telah dilapik dengan kertas baking. Lebihkan kertas baking untuk bahagian tepi supaya senang nak angkat brownies yang telah siap dibakar keluar.
  7. Tuangkan adunan brownies ke dalam loyang kemudian ratakan. Kalau nak lebih sedap, boleh taburkan coklat button/badam cincang. Kali ni, aku guna coklat button.
  8. Panaskan oven dalam 15 minit macamtu, dengan suhu 170c. Bila nak masukkan adunan brownies untuk dibakar, turunkan suhu kepada 160c, guna api atas dan bawah, kemudian bakar selama 25-30 minit (bergantung oven masing-masing) 
  9. Setelah kek siap dimasak, jangan keluarkan terus dari oven, buka sikit pintu oven lebih kurang dalam 10-15 minit baru keluarkan brownies.

Selain tu, kalau nak dapatkan brownies yang cantik kedutnya, bukan setakat penggunaan coklat masakan berjenama dan berkualiti sahaja, tapi penggunaan coklat masakan yang banyak juga mempengaruhi keadaan kek brownies kita. Aku bagi tips, kalau agak ragu-ragu sama ada brownies dah masak ke belum, ambil lidi ke, pencungkil gigi ke (pastikan yang baru & bersih) buka oven sikit kemudian cucuk adunan tadi guna lidi/pencungkil gigi, and then tengoklah kalau dekat lidi tu tak bersih, maksud aku..ada terikut adunan tadi biarpun sikit, means kek tu masih tak berapa masak di bahagian dalam. Tutup semula oven, tambah masa sikit (agak-agak jaa) dan bakar semula sehingga masak. Jangan overcook pula ya ='). Dan satu lagi, jangan buka oven terlalu lama, takut nanti mem'bantut'kan perkembangan kek tersebut. =') 

Oklaa, see you guys dalam next entry in shaa Allah. =)

Tq for reading, barakallahu fikum! ^_^~