Assalamualaikum!
Nak dijadikan cerita, semenjak aku menjebakkan diri ke dalam dunia kek ni, macam-macam jenis kek aku dah cuba buat, macam-macam jenis biskut dah cuba buat. Tapi dalam banyak-banyak kek aku paling suka brownies! Nyum! sedap taw! jangan pandang sebelah mata. Walaupun rupa dia berkedut sana-sini tapi bila masuk mulut..sangatlah heaven rasanya terutama bagi penggemar coklat macam aku. Semacam chewy di mulut bila makan brownies ni. Sedap sangat! Rugi tak try resepi ni tau! =P
Sebelum tu aku nak bagi sedikit tips supaya korang dapat buat brownies yang sedap rasanya, pilihan coklat masakan adalah sangat penting sebab akan mempengaruhi 'kejadian' brownies tersebut. So, kalau bagi akulah, aku sarankan korang guna coklat masakan beryl's (dark chocolate). Dan untuk koko pula aku selalu guna koko brand Van Houten. Butter, biasa aku guna buttercup jaa tapi kalau nak brownies tu lagi lembut dan sedap, pilihlah butter yang berkualiti.
*Sediakan loyang segi empat berukuran 8x8 inch
Bahan-Bahan:
- 230 gram Dark chocolate compound (jenama beryl's)
- 180 gram gula kastor (kalau tak nak manis sangat guna 150 gram saja)
- 85 gram butter
- 85 gram tepung gandum
- 23 gram serbuk koko
- 2 biji telur gred A
- 1/4 teaspoon esen vanilla
- 1/4 teaspoon baking powder
- coklat button/badam cincang (tambahan)
Cara-cara:
- Satukan tepung gandum, koko dan baking powder kemudian ayak dan ketepikan.
- Cairkan butter & coklat (guna kaedah double boiler). Dah cair, sebatikan/kaup balik coklat dan butter yang dah dicairkan tadi guna spatula sahaja. Kemudian ketepikan. Biarkan adunan suam seketika.
- Pukul/mixer gula dan telur sehingga berbuih/kembang putih (tak perlu terlalu kembang asalkan berbuih & kembang putih dah cukup)
- Masukkan perlahan-lahan adunan coklat dan butter yang dah suam ke dalam adunan telur kemudian mixer sehingga sebati kedua adunan tadi.
- Bila dah sebati, masukkan pula adunan tepung, koko dan baking powder yang telah kita ayak tadi ke dalam adunan coklat tersebut. Masukkan perlahan-lahan kemudian mixer sehingga adunan tadi sebati. Setelah sebati, akhir sekali baru masukkan esen vanilla.
- Sediakan loyang yang telah dilapik dengan kertas baking. Lebihkan kertas baking untuk bahagian tepi supaya senang nak angkat brownies yang telah siap dibakar keluar.
- Tuangkan adunan brownies ke dalam loyang kemudian ratakan. Kalau nak lebih sedap, boleh taburkan coklat button/badam cincang. Kali ni, aku guna coklat button.
- Panaskan oven dalam 15 minit macamtu, dengan suhu 170c. Bila nak masukkan adunan brownies untuk dibakar, turunkan suhu kepada 160c, guna api atas dan bawah, kemudian bakar selama 25-30 minit (bergantung oven masing-masing)
- Setelah kek siap dimasak, jangan keluarkan terus dari oven, buka sikit pintu oven lebih kurang dalam 10-15 minit baru keluarkan brownies.
Selain tu, kalau nak dapatkan brownies yang cantik kedutnya, bukan setakat penggunaan coklat masakan berjenama dan berkualiti sahaja, tapi penggunaan coklat masakan yang banyak juga mempengaruhi keadaan kek brownies kita. Aku bagi tips, kalau agak ragu-ragu sama ada brownies dah masak ke belum, ambil lidi ke, pencungkil gigi ke (pastikan yang baru & bersih) buka oven sikit kemudian cucuk adunan tadi guna lidi/pencungkil gigi, and then tengoklah kalau dekat lidi tu tak bersih, maksud aku..ada terikut adunan tadi biarpun sikit, means kek tu masih tak berapa masak di bahagian dalam. Tutup semula oven, tambah masa sikit (agak-agak jaa) dan bakar semula sehingga masak. Jangan overcook pula ya ='). Dan satu lagi, jangan buka oven terlalu lama, takut nanti mem'bantut'kan perkembangan kek tersebut. =')
Oklaa, see you guys dalam next entry in shaa Allah. =)
Tq for reading, barakallahu fikum! ^_^~
2 comments:
Blm pnh buat. Tp akk rsa mcm renyah je nk buatnya. Hee
tq coz sudi share resepi...semoga dimurahkn rezeki awak selalu...😊
Post a Comment